Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) atas kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas. PRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa apabila parti gabungan itu menang 133 daripada 222 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu. Kemenangan ini adalah kemenangan berharga buat Perdana Menteri kita untuk meneruskan Transformasi bagi mencapai Wawasan 2020.
Saya telah menunaikan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia dengan mengundi di DUN Kota Jaya buat pertama kalinya. Pengalaman pertama mengajar saya bahawa pentingnya mengundi kerana salah satu hak rakyat Malaysia yang telah berumur 21 tahun ke atas adalah memilih pemimpin yang kita sayangi.