Friday, 10 May 2013

Al-Fatihah buat Adik Nur Amyliana


Budak 11 tahun mati kena rogol


  • Foto
    Lokasi kejadian tempat Nur Amyliana Shuhada ditemui mati manakala gambar kecil Nur Amyliana Shuhada. 
  • Foto
    Ibu mangsa, Acha Kusain, (kiri) tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, semalam. - Foto Asyraf Hamzah
Klang: Budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dirogol, ditemui mati di kawasan tempat letak kereta di Lorong Batu Nilam, Bukit Tinggi di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh orang awam di kawasan berkenaan jam 10.30 malam kelmarin.  Polis mengenal pasti mangsa sebagai Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor dan ketika ditemui, mayatnya lengkap berseluar trek dan berbaju kemeja-T. 
Petikan di atas saya ambil dari suratkhabar berita harian. Rasa sedih dan pilu hari ini, adik nur Amyliana ditemui mati dan dipercayai dirogol.  Manusia di zaman sekarang berhati binatang hingga sanggup melakukan jenayah ini. Saya berdoa agar orang jahat ini akan segera ditangkap dikenakan hukuman bunuh.

Thursday, 9 May 2013

5 Mei 2013 - HARI JARI SEMALAYSIA

Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) atas kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas. PRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa apabila parti gabungan itu menang 133 daripada 222 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu. Kemenangan ini adalah kemenangan berharga buat Perdana Menteri kita untuk meneruskan Transformasi bagi mencapai Wawasan 2020.

Saya telah menunaikan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia dengan mengundi di DUN Kota Jaya buat pertama kalinya. Pengalaman pertama mengajar saya bahawa pentingnya mengundi kerana salah satu hak rakyat Malaysia yang telah berumur 21 tahun ke atas adalah memilih pemimpin yang kita sayangi.