Budak 11 tahun mati kena rogol
Klang: Budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dirogol, ditemui mati di kawasan tempat letak kereta di Lorong Batu Nilam, Bukit Tinggi di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh orang awam di kawasan berkenaan jam 10.30 malam kelmarin. Polis mengenal pasti mangsa sebagai Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor dan ketika ditemui, mayatnya lengkap berseluar trek dan berbaju kemeja-T.
Petikan di atas saya ambil dari suratkhabar berita harian. Rasa sedih dan pilu hari ini, adik nur Amyliana ditemui mati dan dipercayai dirogol. Manusia di zaman sekarang berhati binatang hingga sanggup melakukan jenayah ini. Saya berdoa agar orang jahat ini akan segera ditangkap dikenakan hukuman bunuh.
No comments:
Post a Comment